Tuesday, July 13, 2010

:-:-:-:wa2tu putewi ngan babah:-:-:-:


putewi ni tak dak kawan kat umah..yang ader pon c tiger, c patrik, c pooh...putewi bohsan!!!!!(sambil tarik2 rambut)he3...mama..putewi nak adik...(amboi3x....kamu nak jg adik ke putewi...jerit mama sampai kuar anak tekok)...aduhai...babah pulok mai ujung minggu jerk...cam ner ye kawan2...putewi bohsan ler...de pendapat laie ka?ni gambor putewi layan perangai babah..hahaha...babah layan perangai putewi ler...tiger kene buli..n bla...bla..bla



ni ler aboh putewi ala2 osama laden..gulp..



babah...nak larik tinggalkan putewi g mn nih..babah..tarik kain babah t..baru tau



abis dah kepak butterply..nnt mama musti maroh nih..adeh..



belasah kamu tiger...(adeh3...jgn perkosa saya...jerit c malang tiger)



tadaaaaaaaaaaaaaa......nak solat jap...aik...nak solat pon..ader bunga yer...

~cari pasal dengan kacamata org~

ni pic masa dalam kete kawan pu3,namanyer airyn, ye comel lah..mama yer..uwek...tak comel..hahaha..sowi auntie zura..kihkih...ni pon sebenornyer cermin mate c airyn..saje jerk bergaye lebih..hahha..lebih2 bila airyn tak dak..pu3 pon pakai lah cermin mate yer..gaye cam lady gaga jerk kan?kihkih..yoyo..ooo.jerk

Saturday, July 3, 2010

Kisah Puting yang mak mentuA bagi...(mama iman n imran)auuuwwww...


Kisah ni bermule ngan mama c iman ni kasi putewi puting..bentuk ye cam ladybird(tp mmg bentuk ladybird pong)he3...betuk ye pelik..tp putewi tak reti isap..pastu putewi masukkan semua dalam mulut...besarnyer molot putewi..sampai sekarang..rase sakit lg mulot ni...bapok gile puting yer...tp demi mak mentua..putewi tak esah puting yer bg pelik pon..i loike iman..eh3..mak mentua..kihkih

opsss...bukan gambar ni lah..ni gambar putewi baru pas mandi...
skip plez...

.








.








.








.








.








.








.








. ni hah gambar betul....he3


la..bukan gambar ni gak..ni gambar pe nih...ni nak larik mn lak nih...bukan lah...


lagi2...lagi3...gambar...plez


.



.



.



.



.



.



.



.



ni hah cite pasal puting

puting dalam keadaan tertutup

ni puting dalam keadaan tertutup




tu diaaaaaaaaaa....sumbat semua dlm mulut


interim jap..hye




aipp...ni gambar baju..putewi nak boh gambar mulut sakit lah


adih...sakit mulut putewi pas hisap puting tersebut..

p/s:sila mama sekalian belikan puting yang bersesuaian yer

putewi nak pindah umh br...



putewi sedih sungguh...putewi dh nak pindah..mama kate nak g putyajaya...kelmayin putewi g bashuh umah dengan babah dan mama..penat ooo..balik jerkkk...putewi tergolek tido...rjn tak putewi?nktgk tak gambor putewi tunjuk2 rajin?huhu...



putewi tolong babah boh ajak pabuloso




babah ni..betul lah mop..issshh


ader lagi yang kutur nih




chak aaahhhh babah



babah..nak boh lagi ker ajak nih

pu3 terlanggar mama

anyway yer....huhuhu....pu3 terlanggar mama..pu3 dah pandai berlari tau..huhu...tp pu3 ni selalu terlanggar kerusi lah,meja lah,yang paling tak leh lupe..pu3 langgar mama..hahhaa....

Sunday, June 27, 2010

Lupe Nak AppEar gambor ayam berbintat

ni ler yg pu3 tahu pasal chicken pox..kihkih

'^' dulu pu3 pon pernah kena penyakit ni

Pu3 kena demam campak lu..tapi tak lah teruk ngat...kuar skit jerk..tatutnyer..org kate bila kuar ckit..t mari lagi demam campak tu..alahoi...tak comel lah pu3 yer???ni dia pu3 nak share story pasal demam campak..let's go...
Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella- zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.

Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.

Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.

Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

Simptom

Simptom-simptom selalunya bertahan selama 2 minggu dan ianya hanya muncul setelah 10-21 hari selepas pendedahan kepada penyakit ini.

Walaupun tidak merbahaya, ia boleh menjadi penyakit yang serius sekiranya sistem imuniti yang lemah contohnya di dalam bayi yang baru lahir, pesakit yang sedang dalam rawatan kemoterapi, pesakit yang mengambil steroid, wanita mengandung atau pesakit HIV/AIDS.
Simptom-simptom termasuklah :

1. Bermula dengan demam, sakit tekak dan rasa letih.

2. Beberapa hari kemudian disusuli pula oleh ruam dan gatal-gatal badan. Ruam selalunya bermula di bahagian kulit kepala, bawah ketiak,mulut,hidung dan kawasan pinggul.Ruam bermula dengan kawasan kemerah-merahan dengan kantung berisi air ( blister )ditengah-tengah. Kantung air pecah dan kerak terhasil. Ruam ini tersangat mudah berjangkit dan kanak-kanak tidak dibenarkan ke sekolah sehinggalah lesion yang terakhir sudah membentuk kuping.

3. Pesakit chicken pox juga akan menunjukkan batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Kanak-kanak yang dijangkiti chickenpox akan mempunyai 2 jenis lesion pada masa yang sama.
Gambar sebagaimana di bawah :

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

· Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
· Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
· Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
· Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
· Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
· Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
· Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

Rawatan chicken pox sebagaimana di bawah:
1. Rawatan pesakit yang telah terkena chicken pox hanyalah secara rawatan simptomatik sahaja.

a) Demam : antipiretik – paracetamol samada sirap atau pun tablet.
Ditegah sama sekali memberikan salicylates seperti aspirin dan disalcid kepada kanak-kanak kerana ia boleh membawa kepada penyakit Reye’s syndrome.
Apakah penyakit Reye’s Syndrome?
Ia adalah sejenis penyakit yang melibatkan semua organ di dalam badan dan yang paling merbahanya ialah penglibatan hati dan otak. Penyakit Reye’s Syndrome ini dibahagikan kepada 2 fasa kerana ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus sebelumnya seperti infuenza, demam atau chicken pox. Penyakit ini tidak berjangkit dan sebab terjadinya penyakit ini tidak diketahui. Ia sentiasa disalahdiagnosiskan dengan penyakit encephalitis, meningitis, diabetes, lebih dos ubat, keracunan, sudden infant death syndrome atau penyakit psikiatrik.
b) Gatal-gatal :
1) Losyen Calamine dua hingga empat kali sehari, atau krem hydrocortisone dua kali sehari.
2) Antihistamin seperti Chlorpheniramine maleate 2mg/5ml syrup ( piriton syrup ) dapat membantu melegakan gatal. Dos ubat ini bergantung kepada umur pesakit sebagaimana di bawah :
Kurang daripada 1 tahun : 2.5mls dua kali sehari.
1-5 tahun : 2.5 – 5.0 mls tiga kali sehari.
6-12 tahun : 10mls tiga atau empat kali sehari.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah asthma atau porphyria, minta nasihat doktor terlebih dahulu.
3) Mandi – Kerap mandi dapat membantu mengurangkan gatal-gatal. Mandian Oatmeal atau separuh hingga satu cawan serbuk penaik yang dicampur dengan air mandian dapat membantu mengurangkan gatal.
c) Antivirus – Acyclovir ( dapat mengurangkan tempoh pembentukan lesion baru,mengurangkan pembentukan lesion dan mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya diambil dalam masa 24-48 jam selepas terbentuknya lesion. )
1) Aciclovir - (Acyclovir 200 mg/5 ml Suspension )
Dewasa : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
<2 tahun : 2.5 – 5mls 4 kali sehari selama 5 hari.
>2tahun : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
2) Zovirax – Acyclovir 200 mg Tablet
Dewasa : 200-400mg 4 kali sehari selama 5 hari.
<2 tahun : separuh dos orang dewasa.
>2 tahun : dos orang dewasa.
d) Selsema – actifed (Triprolidine HCl 1.25 mg & Pseudoephedrine HCl 30 mg per 5 ml Syrup )
>12 tahun : 10 ml
6 – 12 tahun : 5 ml
2 – 5 tahun : 2.5 ml
6 bulan – < 2 tahun : 1.25 ml
Dos boleh diambil 2 atau 3 kali sehari.
( Actifed tidak boleh diambil untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan !! )
Selain daripada ubat-ubatan di atas, kanak-kanak yang terkena demam chicken pox digalakkan meminum air masak dengan lebih kerap untuk menggantikan air yang hilang dari badan akibat demam ( insensible fluid loss ).

2.Vaksin varivax – ( varicella zoster virus vaccine )
Vaksin ini sebagaimana lain-lain vaksin berfungsi dengan cara merangsang badan membina antibodi terhadap virus varicella zoster setelah suntikan protein atau virus yang dilemahkan diberi kepada pesakit.

Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak dapat merawat pesakit yang sedang dijangkiti chicken pox.
Seperti vaksin-vaksin lain juga, varivax tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada setiap orang. Akan tetapi sekiranya pesakit telah diberi suntikan pencegahan, ia dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit ini.

Vaksin ini hanya boleh digunakan untuk pesakit yang berusia lebih daripada 1 tahun. Vaksinasi untuk penyakit chicken pox ini diberikan sebanyak 2 dos. Dos pertama diberikan pada usia 12-15 bulan. Dos kedua pula diberikan apabila kanak-kanak berusia 4-6 tahun.
Sekiranya pesakit adalah berumur 13 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin ini, pesakit perlu mendapat 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara 2 suntikan sekurang-kurangnya 28 hari.
Anda tidak patut mengambil vaksin ini sekiranya anda :
1. alergi pada gelatine atau neomycin.
2. sedang dijangkiti penyakit TB.
3. mempunyai sejarah terkena syndrome Guillain-Barre.
4. mempunyai masalah kronik seperti lelah atau masalah pernafasan lain, kencing manis, masalah buah pinggang atau masalah sel darah seperti anemia.
5. menghadapi masalah kelemahan system imuniti yang disebabkan oleh penyakit seperti kanser atau AIDS, ataupun menerima rawatan seperti steroid, kemoterapi ataupun radiasi.
6. berumur kurang 18 tahun dan baru sahaja mengambil aspirin atau ubat yang dikategorikan sebagai salicylates.
7. baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan organ.
8. mengandung.
Elakkan daripada mengandung sekurang-kurangnya 3 bulan selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Jangan sesekali mendapatkan suntikan vaksin tanpa memberitahu doktor yang anda sedang menyusu anak.
Anda dikehendaki berjauhan daripada bayi yang baru lahir sekurang-kurangnya 6 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil suntikan seperti polio atau vaksin hidup yang dilemahkan lain sekurang-kurangnya 4 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Untuk lebih informasi tentang varivax, anda boleh layari website ini :

Diet semasa terkena chicken pox.
Pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.Antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
1. Kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
2. Banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
3. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. Pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
4. Jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam.